Bismillah.
*AMARAN: Entri panjang lain macam.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari ni genap 90 hari umur anak aku. Terima kasih Allah atas rahmat dan kasih sayangNya. Teringat dulu masa muda remaja (cewaahh), aku selalu takut kalau aku tak dapat nak mengandung. Apa punya perangai la kan pikir benda mengarut macam tu. Tapi nasib baik, rezeki aku untuk dapat anak tu dah tertulis dalam hidup aku. Apa pun, yang aku tak terpikir, cara aku lahirkan anak aku ni.
Aku mula turun darah (orang tua kata kembar darah) time subuh hari ahad bersamaan dengan 11 Januari 2015. Aku bangun pagi tu nak solat subuh, bila buang air kecik, aku perasan ada darah. Dalam mamai-mamai bangun tidur tu, aku rasa cuak gak. Tapi tak sakit langsung masa tu. Cuma, bila dah siap cuci semua tu, aku cakap kat umi yang aku dah turun tanda darah. Kejutkan hubby and siap-siap untuk pergi hospital. Sebelum ni aku ada mention yang aku checkup kat PMC kan? Tapi we both decide nak bersalin kat hospital kerajaan je. Jimat sikit. Hihi.
So, pagi tu kami pun gerak la pergi Hospital Sg. Buloh. Sampai sana lebih kurang 7 lebih. Terus pergi dewan bersalin. Tapi sebabkan aku checkup kat PMC, proses nak check bukaan rahim semua pun ambik masa yang sangaaatttt lamaaaa. Doktor/Houseman kena interview aku dulu semua benda, turun darah ke, pecah ketuban ke, ada kencing manis ke, darah tinggi ke dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, sepanjang pregnancy ni aku tak ada masalah atau mabuk apa pun. Cuma aku mabuk tidur je. Kerja aku mengantuk je 24 jam.
Lepas dah habis interview, nurse pun panggil aku untuk dengar jantung baby, Anak aku ni aktif sangat, asyik2 hilang je bunyi jantung dia sebab dia lari pergi tempat lain dalam perut tu. Orang lain semua check dalam 20 minit je, tapi aku kena check sampai sejam. Habis check jantung, aku kena check bukaan rahim pulak. Bukaan masa tu baru 2cm je. So, dalam pukul 12 lebih macam tu, doc suruh balik je. Sebab aku pun tak ada sakit contraction lagi.
Malam tu, baru la contraction aku start. Dalam pukul 10.30 tu, contraction dah mula selang setiap setengah jam. Sakitnya contraction tu sampai berlagu-lagu aku mengerang. Hahaha. Umi cakap sakit contraction tu macam rahim tu mengecut sangat (bayangkan kau vakum plastik untuk keluarkan semua udara dalam tu, lebih kurang la). Tapi contraction aku lain. Aku punya rasa macam nak meletup sebab perut aku mengembang dan mengeras in the same time. Kalau pegang perut tu, boleh rasa dari normal perut tu tiba-tiba kembang.
Tepat pukul 5.30 pagi, contraction aku dah mula selang setiap 10 minit. Terus mandi dan siap-siap. Pagi tu umi buatkan telur setengah masak dan bagi makan madu. Harapnya dapat la dimudahkan bersalin tu. Aku sampai hospital dalam pukul 7.10 pagi macam tu. Nasib baik jalan tak sesak. Maklumlah, hari isnin kan hari bekerja. Sampai hospital je, aku menanggung contraction tu sementara tunggu doc panggil. Aku kena panggil pun dalam pukul 8 lebih rasanya. Masa tu la azab aku bermula.
Yang check aku tu doc intern yakni doc pelatih. Doc lelaki india nama Prakesh (terpaksa bagitau untuk sesiapa yang nak bersalin kat hospital sg.buloh untuk aware). Nope. Aku bukan racist, tapi cara dia sangat tidak professional. Lepas dia interview aku (lagi sekali- pelik sebab diorang tak rekod ke yang interview semalam), dia cakap dia nak check bukaan rahim aku. Believe it or not, aku rasa macam nak sepak (pakai kaki bukan tangan as of lempang), sebab dia seluk bawah tu dengan sangat-sangat kasar. main seluk, main jolok je. Honestly, aku yang jenis hati kering (umi selalu cakap) ni pun boleh menangis sebab menanggung sakit yang teramat sangat. Masa dia checkup tu, ada lagi seorang doc perempuan kat situ tunggu giliran nak check patient lagi sorang. Doc intern tu suruh aku bangun, tapi memang tak dapat nak bangun dan jalan pun sebab sakit sangat. Aku siap dengar doc intern tu cakap kat doc perempuan tu "she's crying" dengan nada yang semacam mengejek. Lastly aku kuatkan semangat and bangun terus masuk toilet.
Bila aku keluar toilet aku still menangis lagi. Bayangkan aku menangis teruk sangat sampai tersedu-sedu tu. Aku terus keluar cari hubby aku (sebab husband tak boleh masuk). Aku menangis sampai tak boleh nak cerita langsung kat hubby apa yang dah jadi. Lama jugakla. Dalam setengah jam aku duduk luar menangis. Dah tenang sikit, aku cerita kat hubby aku apa yang jadi. Marah jugak dia. Walaupun dia jenis yang sabar dan tak reti marah. Tapi seriously, aku memang bleeding teruk. Kerusi batu yang aku duduk tu penuh dengan darah. Kain batik aku lenjun dengan darah. Hubby aku terus pergi kat kaunter nurse and bagitau aku bleeding. Sorang nurse datang bawak wheelchair and tolak aku masuk dalam. Ada 2 3 orang nurse yang kat dalam tu tanya kenapa, pastu aku cerita la pasal hal doc intern seluk kasar tu. Rileks je dorang cakap, "biasala dik kalau lepas seluk ada bleeding". Bengang aku. Aku bangun tunjuk darah yang ada kat wheelchair tu. (oh ye, wheelchair tu pun penuh dengan darah aku) terus semua nurse tu diam and muka berubah.
Dahla tak dapat wad, at least bagi la aku katil untuk aku baring, ni tak. Diorang suruh aku duduk atas kerusi je dengan bleeding macam tu. Azabnya tuhan je yang tahu. Lepas dah lama sangat tunggu, ada sorang doc perempuan india ni datang approach and tanya apa masalah aku. Aku citer la dari A-Z apa yang doc intern tu buat. Doc perempuan tu pun marah, sebab doc intern tu buat kerja pun tak betul, tak ada tulis time checkup, pastu dok main agak-agak je bila time dia check aku (padahal timing tu dia main bantai cakap je bila. Nampak sangat cuai.) Doc perempuan tu tanya aku nak cakap dengan doc pakar ke macam mana. Aku cakap aku nak pikir dulu & bincang dengan hubby. Sebab aku merajuk betul time tu. Nak lari pergi hospital lain dah. So, aku pun keluar and bincang dengan hubby.
Lama jugak aku kat luar dok bincang, last-last nurse panggil aku cakap doc pakar nak cakap dengan aku. Sembang punya sembang, dia cakap dia nak tengok berapa bukaan rahim aku. Alahai. Nak seluk lagi. Trauma betul. Walaupun aku cakap buat perlahan-lahan sebab sakit tadi tak hilang lagi, tapi still sakit lagi woi. Merananya aku.
Bukaan aku still 2cm. Bayangkan yang semalam aku pergi check,bukaan aku 2cm. Doc intern tu check 3cm. Bila pakar check, bukaan aku 2cm. Pelik pulak bila pintu rahim tu macam main-main pulak kejap bukak 2cm kejap bukak 3cm. Lepas tu, doc pakar tu suruh aku duduk. Tunggu la aku macam tunggul sampai pukul 5 lebih. Dengan contraction dah makin kerap ke setiap 5 minit. Sebabkan aku tak tahan, aku bincang dengan hubby and family. Aku cakap nak bersalin kat PMC je. Biarlah berhabis duit pun, tak sanggup aku nak tanggung lagi.
Dalam pukul 6 lebih macam tu, aku request nak discharge. Dah jadi satu hal pulak tak ada satu doc pun dalam ruang menunggu tu.Nak tak nak kena tunggu approval doc dulu. Yang ada dalam tu semuanya houseman. Aku dah sakit sangat dah. Bayangkan nak tunggu approval doc, kena tunggu sampai 2 jam. aku mintak discharge pukul 6.15, aku dapat approval pukul 8.30 malam. Sebelum discharge tu, sempat doc tu membebel kat aku. cakap pihak hospital tak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa kat kandungan aku ngan aku.
Last2 aku dapat discharge pukul 8 lebih. Bayangkan berapa lama aku kena tunggu. Sampai je aku kat PMC, contraction dah makin teruk. Selang berapa minit je rasanya. Tak pasal2 kena seluk lagi. Bila seluk, doc cakap dah bukak 5cm. Alhamdulillah. Terus admit ward and tukar baju semua. Aku request epidural. Orang cakap yang kena epidural ni sakit. Tapi bagi aku tak rasa sakit langsung. Memang betul2 pakar yang cucuk aku tu. Cuma rasa ngilu je bila tiub halus tu lalu kat tulang belakang. Sambil nak tunggu bukaan, aku sempat la merasa tidur kejap. Dapatlah tidur sebabkan epidural tu. Kalau tak, harapan le.
Sekejap2 je nurse datang check tekanan darah and nurse tu pecahkan air ketuban. It turns out yang air ketuban aku warna hijau. yakni sang khalifah dah pun buang air besar. Nasib baiklah lari pergi PMC, kalau hospital kerajaan, alamatnya anak aku dah makan najis sendiri dan maybe ada komplikasi lain.
Tepat jam 3.10 pagi sang khalifah keluar dari syurga sementaranya. Sebabkan epidural, proses bersalin terpaksa ditolong dengan vakum.His first word is MAK. :')
**terpanjang pulak entry kali ni. InsyaAllah nanti aku sambung macam mana aku terpaksa pergi balik hospital sg.buloh pada hari yang sama dan buat operation lain pulak di tempat sang khalifah tadi keluar.
salam nak tanya,berapa kos bersalin di pmc tu kalo amik epidural.
ReplyDeleteSory lmbt reply. Total kos hr tu dlm 3k++, murah sbb x sempat tdo wad kot. Fo dia x charge wad. :)
DeleteSory lmbt reply. Total kos hr tu dlm 3k++, murah sbb x sempat tdo wad kot. Fo dia x charge wad. :)
Delete