Thursday, November 13, 2014

31 minggu

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, alhamdulillah semalam kandungan dah masuk 31 minggu. Baby pun makin aktif bergerak tak kira masa. Kadang-kadang gelak sorang-sorang sebab rasa baby dok siku dan tendang perut. Orang cakap start kandungan 7 bulan dah boleh mula rasa early contraction. Tapi sebabkan ni kandungan sulung, jadi aku pun tak tahulah macam mana rasa early contraction tu. Maybe bila rasa perut kejang dan keras tu tanda contraction kot? Apa pun, alhamdulillah, Allah bagi peluang rasa jadi ibu. Jadi tempat untuk lahirkan khalifah di bumi Dia ni. :)

Kelmarin ada checkup. Buat checkup di Putra Medical Center Bukit Rahman Putra. Bagi yang dah baca entri sebelum ni, mesti tahu aku checkup dengan Dato Doktor Zarul. For me, dia the best doctor. Lembut, very professional and humble. Skip that part, hari tu kena check keputihan. Sebenarnya memang dari last appointment sebelum ni dia ada cakap appointment kali ni nak check keputihan. Masa dia cakap tu, gerun pun ada. Macam mana dia check? Ikut air kencing ke, masukkan something dalam tu ke? I couldn't imagine at all. Balik tu terus google macam mana check keputihan tapi malangnya tak jumpa jawapan. 

So, back to the story, cara dia check keputihan is by pakai putik kapas je. Tapi! Bukan dia yang buat. Pembantu dia yang buat. Dia akan suruh korang kangkang and dia akan calit sikit putik kapas tu pada bahagian lubang vagina. Tapi korang jangan fikir macam-macam pulak. Aku cerita ni sebab nak kongsi pengalaman dan pengetahuan am. So, next time kalau doktor cakap nak check keputihan, korang tahu dah prosedur macam mana.

Malunya jangan cakap macam mana. Aku sampai tutup muka dengan tudung sebab malu punya pasal.
 -_-' Tengok pembantu dia tenang je. Dah biasa. Aku sampai cakap kat pembantu dia 'lama2 boleh rabun kan asyik tengok orang 'punya' je'. Senyum je dia. Hihi. 

Keputusannya tak tahu lagi. Kena tunggu next appointment. Normal la kan? So, mulai dari appointment yang ni, sebab kandungan dah masuk 31 minggu, so appointment untuk checkup akan jadi setiap 2 minggu. Next checkup aku ialah pada 25 haribulan november nanti. Tarikh matang baby naik lagi. Last doktor cakap 12 januari. Tapi checkup kali ni dah jadi 8 januari. Harapnya baby keluar bulan januari. Rasa macam tak puas lagi rasa baby bergolek dalam perut. Walaupun sekarang dah tak boleh berdiri lama, sakit pinggang macam apa je.

Ok. Kali ni cerita lain pulak. Nak cerita pasal buku merah yang mom to be dok google pasal nak tahu wajib ke tak buat. Haa, ni nak cerita. Masa kandungan masuk 5 bulan dulu, ada jugak pergi KK Kelana Jaya sebab nak buat buku merah ni la. Tapi bila sampai sana je, masyaAllah. Punyalah panjang beratur. Kesian tengok mom to be yang boyot-boyot ni berdiri beratur tunggu giliran. Sebab kerusi semua majoritinya dah penuh dengan pesakit lain. Pesakit yang tak sakit pun ada kot. 

Sebabkan tengok line beratur panjang sangat, aku pun tak jadi nak buat buku merah tu. Tawakal jelah kalau kena marah dengan nurse ke apa nanti. Maka, hal buku merah tu pun jadilah sejarah. Tapi hati ni masih tak tenang. Tak puas hati. Memang wajib sangat ke ada buku merah ni. Nanti time nak beranak kat hospital kerajaan kena tendang pulak time sakit-sakit nak beranak tu semata-mata tak ada buku merah.

Nak dijadikan cerita, hari ni aku teman umi pergi KK Sg. Buloh. Sebab umi ada apointment untuk sakit lelah dia. Sambil-sambil tunggu giliran tu, aku pun pergi la tanya kat kaunter ibu & anak tu. 

Aku: saya nak tanya, saya dah pregnant 7 bulan, selama ni saya checkup kat private je sebab company tanggung (tipu sunat sikit, mana ada company aku tanggung). Jadi, saya kena buat jugak ke buku merah tu? Wajib buat ke kalau saya nak bersalin kat hospital kerajaan?

Misi: ooo.. tak payah buat pun tak apa buku merah tu. Asalkan proper la. Maksudnya dalam buku tu kena ada result check darah semua la. (Termasuk la kedudukan baby dalam perut, berat ibu, tekanan darah & etc)

Aku: maksudnya boleh la pakai buku yang klinik tu bagi? Tak payah buat la buku merah tu ye?

Misi: ye. Tak payah buat.

Jadi, korang semua dah tahu ye. TAK WAJIB buat buku merah asalkan buku checkup korang yang tiap-tiap bulan tu lengkap dengan details korang and baby. Kalau tak lengkap, mintak doktor yang check korang tu lengkapkan. Nanti bila korang nak bersalin, kalau nurse tu bising nak buku merah, korang tempeleng dia dengan buku checkup korang tu. Cakap tak wajib buat. Hahaha. Tak adalah. Korang cakap la, korang check kat private sebab boleh claim. Tipu la sikit. Dah diorang banyak mulut sangat kan. 

Ok la. Tu je. Nanti next checkup, kalau aku rajin, aku update lagi. Ingat ye. TAK WAJIB BUAT BUKU MERAH. :)

Tuesday, October 28, 2014

Rezeki anak.

Bismillah.

Assalamualaikum.

InsyaAllah by end of this weekdays yakni hari Jumaat ni, last day aku akan bekerja. Penat nak tunggu Jumaat ni. Cepatlah sikit! Aura malas dah datang. Tambah-tambah bila pregnant ni. Sakit belakang, kejang otot, sakit perut semua ada. Makanya aku cuma nak bermalas-malas je kat rumah.

Alhamdulillah, esok kandungan aku dah masuk 28 minggu. InsyaAllah, hujung minggu ni baru nak pergi beli barang baby. Nak beli baju, seluar & sebagainya. Tengok la keadaan kewangan jugak. Hihi. Nak cari yang murah-murah je. Sebab baby kan cepat besar. Tapi, lainlah kalau banyak duit, cari jugak lah yang mahal sikit. Biar tahan lama. 

Buat masa ni, baru ada katil baby & tilam je (coming soon-tunggu delivery). Hari tu ada jugak dok tengok-tengok stroller and car seat untuk baby. Tapi MasyaAllah, harga masing-masing memang tak nak kalah la. Sampai tak tahu nak beli yang mana. Tambah-tambah saya ni kan baru nak jadi mommy to be. :)

Nasib baik, hari tu tetiba cousin whatsapp. Katanya nak tak stroller SCR10 & car seat SCR7. Dia nak jual, sebab husband dia nak beli yang baru. Tanya dia berapa nak jual, dia cakap RM500 untuk dua-dua item tu. Yahuu~~!! Kira murahlah kan. Kalau tak, stroller SCR10 tu je dah berapa ratus. 

Stroller SCR10

Harga stroller je dah dekat RM700+-.
T_T . Belum tambah car seat lagi. Bila google je tengok, harga car seat sahaja dekat RM300. Kalau beli dua-dua tu, dah cecah ribu jugak. Bukan pakai selalu pun kan.

SCR7 Car seat


Tapi Alhamdulillah, nasib baik dapat cousin yang baik hati, jual murah je kat aku. So, dapatlah harga RM500 untuk dua-dua barang ni. Contoh macam bawah ni. 
Penjimatan berganda. Rezeki anak. Senang lepas ni kalau nak bawak anak pergi mana-mana kalau hubby tak ada. Syukur tak terhingga.

Ok lah. Tu je nak cerita.

:)

Thursday, October 16, 2014

Emosi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang kandungan dah masuk 27 minggu. Baby dalam perut pun makin aktif. Seronok rasanya dapat rasa pergerakan baby dalam perut. The best feeling ever! Cuma normal lah rasanya bila rasa sakit pinggang yang amat, kaki kejang bila tidur. Doktor pun cadangkan supaya setiap 2 jam duduk, kena rajin-rajin bangun & jalan-jalan.

Hari selasa yang lepas, pergi checkup  di Putra Medical Center Sg.Buloh. Doktor yang aku pilih, Doktor Zarul. Bila mostly  orang nak doktor perempuan, aku pulak sibuk nak doktor lelaki. Bukan apa, aku suka Doktor Zarul. Firstly sebab dia lembut je orangnya dan sangat professional. Lagipun, masa adik aku yang bongsu tu lahir, dia lah yang tukang sambutnya. Believe it or not.  Sekarang adik aku dah form 3, tapi Doktor Zarul masih lagi gagah dalam menyambut bayi-bayi ke dunia. Hahaha.

Alhamdulillah. Everything is normal. Tekanan darah normal, baby pun ok. Sebelum ni baby songsang. Tapi alhamdulillah, bila checkup, dia dah pusing balik dah. Kerjanya asyik menendang dan menyiku je. Seronok! Last checkup, berat badan aku 67kg. Turun sekilo dari checkup  yang sebelumnya, tapi yang latest checkup  ni, berat naik mendadak jadi 75kg. Tahniah buat diri aku, Padahal baby naik sekilo je. Dari berat dia 500g ++, jadi 1.046kg. Maknanya emak dia yang terlebih gemuk. Hehe.

Masa checkup  tu pun, aku kena second dose injection.  Aku rasa untuk kancing gigi kot. Terlupa nak tanya doktor. Dia cakap nak inject, aku okey je. Doktor cucuk kat bahagian peha dekat-dekat punggung. Masa mula-mula nak kena  inject tu, aku jenuh menahan. Sampai doktor cakap "kenapa? sakit ke?" Hubby cakap "taklah doktor. dia tengah tahan geli". Doktor tu sampai tak percaya, aku tengah tahan geli. Sampai aku tutup mulut, sebab takut ketawa kuat sangat. Sebab pernah kena inject  jugak dulu kat tempat yang sama, doktor tu sampai marah cakap, "jangan gerak kuat sangat, takut jarum patah". Masa tu badan aku dah bergegar dah tahan gelak. Hihi.

InsyaAllah, next checkup  bulan November nanti. Doktor cakap nak check keputihan. Ngeri pulak dengar walaupun tak tahu lagi check jenis yang macam mana. Ada ke mommy to be yang pernah merasa? boleh share sikit?

Sepanjang pregnancy  ni, boleh katakan aku jadi cepat emosi. Sebelum ni hati kental. Susah nak menangis bila jadi hal-hal kecik ni. Tapi sekarang. Don't mess with me.  Aku bukan jadi pemarah. Cuma aku jadi cepat touching. Seingat aku la, sepanjang mengandung ni, 3 kali aku menangis pasal hal-hal remeh.

Firstly,  aku menangis pasal hubby aku tak nak baca doa lepas solat jemaah. Dia suruh aku baca. Punyalah aku tak nak baca, siap merengek-rengek lagi. Lastly, aku menangis, barulah hubby baca doa. Mengada betul.

Lepas tu pulak, masa tengah baring-baring. Tiba-tiba aku rasa.., entahlah. Aku pun tak tahu aku rasa apa, masa tu hubby tengah sibuk main game bola dekat handphone. Aku dok merengek-rengek lagi. Mintak hubby peluk, cucuk-cucuk muka dia dengan bantal, pastu tiba-tiba aku menangis! Apa punya perangai daa~

Lastly  semalam. Aku sakit kepala. Rasa macam nak roboh sebelah otak aku ni. Tak boleh tunduk langsung. Balik kerja semalam aku terus baring. Tunggu hubby balik. Selalu dia sampai lagi 5 minit pukul 7. Sampai je hubby kat rumah, aku nampak dia, terus meleleh-leleh air mata aku. Sedih sangat sebab sakit kepala. Nasib baik hubby jenis faham sangat dah perangai menangis aku ni. Rileks je dia. Syukur dapat hubby memahami. Terus dia peluk aku. Aku menangis teruk sangat sampai tersedu-sedu. -_-'

Setakat ni, itulah tahap emosi aku yang aku tak boleh nak kawal langsung time pregnant  ni. Yang lain rasanya aku ok lagi. Hubby je cakap aku sekarang cepat cengeng (menangis) dan kuat makan!  

:)

Saturday, October 11, 2014

# Part 2: Apa ada dengan usia 30?

Bismillah.

Assalamualaikum.

#Perlindungan (insuran) sepenuhnya

Sebahagian dari tanggungjawab kita sebagai orang dewasa adalah dengan melindungi diri sendiri. Ini termasuk dalam mendapatkan insurans yang sesuai - life insurans, insurans perubatan & kesihatan dan juga insurans kemalangan.

# Mempunyai budget

 Mempunyai budget dapat membantu kita untuk terus fokus  dalam mencapai target kewangan kita. Tanpa budget, mungkin rancangan kita untuk berkahwin dalam masa 2 tahun atau nak beli rumah pertama akan jadi tipis.

Kita perlu buat keputusan tentang apa yang perlu kita belanjakan hari ini dengan apa yang kita perlu kita belanjakan pada masa akan datang. Cari keseimbangan adalah penting dalam mendapatkan kewangan yang selamat & kukuh.

#Ketahui nilai aset diri 

Kita semua masing-masing ada nilai aset kita sendiri. Bila kita peka tentang nilai kita, lebih mudah untuk kita nampak kemana hala tuju kewangan kita. Nilai aset kita adalah jumlah aset yang kita ada; baki dalam akaun, simpanan, pelaburan & lain-lain. Nilai ini kita tolak dengan liabiliti (hutang) kita ; pinjaman loan, pajak, hutang kredit kad dan lain-lain.

Bila umur kita 30 tahun, nilai aset diri kita perlu ada pada positive value- pada nilai kapasiti yang meningkat secara berterusan.

Untuk mudah, boleh lihat carta dibawah.  


# Fahami cukai pendapatan

Kita perlu tahu kita berada di bawah kategori cukai yang mana dan apakah rebat cukai & pelepasan cukai yang kita terima. Bila kita tahu tentang semua ini, lebih banyak simpanan yang boleh kita dapat setiap tahun. Pastikan kita claim  semua penolakan yang ada, jadi kita boleh bayar sedikit cukai yang boleh.


#Beli hartanah

Mungkin kita semua tak sedar tentang semua pencapaian yang disebutkan sebelum ni tapi kita perlu berjaga-jaga tentang semua proses ini dan apa yang perlu kita buat untuk kita dapat membeli sekurang-kurangnya satu hartanah. Ada banyak faktor yang perlu kita fikirkan selain dari kemampuan kita untuk membeli sebuah hartanah.

Kalau kita ada didalam hutang kredit kad, tak ada life insurance, dan simpanan untuk persaraan, kita ada 3 dekad lagi untuk bekerja & perbetulkan jalan kita. Tak pernah terlambat untuk bermula.


Sepatutnya dalam umur 30-an ni, kita perlu ada dorongan kewangan yang kuat. Fahami  perkara tentang insurans, rancangan persaraan dan pajakan. Ini penting sebab semuanya ada di bawah tanggungjawab kita sekarang.

Kerja lebih keras & capai semua faktor2 yang dikongsikan ini sebelum umur kita mencecah 40 tahun. Sebab masa umur 40 tahun nanti, ada pulak faktor lain yang perlu kita capai!

Untuk sesiapa yang perlukan khidmat rundingan secara percuma tentang pelaburan yang selamat & kurang risiko, boleh hubungi En. Asmaan di talian 017-6310730.


# Part 1: Apa ada dengan usia 30?

Bismillah

Assalamualaikum.

Selalunya orang akan cakap "life begins at 30/40". Sebab masa ini lah kemuncak umur kita. Masa tu, kita dah kahwin atau bakal berkahwin, ada anak dan nak beli rumah. Seharusnya bila kita dah cecah umur 30 tahun, masa ni sikap kita terhadap kewangan dah mula matang, kita dah mula sedar dari kesilapan kita dan kita terdedah dengan tanggungjawab yang baru. Kita dah tak boleh nak hilang arah tuju dalam bab kewangan lagi. Jadi ini adalah sebahagian pencapaian yang harus kita dapat bila kita dah berusia 30-an ni.

# Kewangan yang stabil

Bila kita dah berumur 30-an, kita seharusnya dah boleh berdikari dari sudut kewangan, Tak perlu nak harapkan parents kita, dah ada kerjaya impian dan dah boleh tanggung diri sendiri dengan baik. Yang paling penting, masa umur ini kita dah kukuh dari segala segi.

# Sejarah hutang yang baik

Semua orang ada hutang. Macam2 jenis hutang; hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran dan macam2 lagi. Berhutang memang mudah dan mudah juga untuk disalahgunakan. Tapi ini boleh dikawal dengan hidup dalam ruang lingkup yang kita mampu.

# Mulakan rancangan persaraan

Seharusnya, setiap orang yang berusia 25 tahun sepatutnya menyimpan 3/4 dari gaji mereka setiap bulan untuk dapat simpanan yang cukup bila bersara nanti. Tapi bila kita dah cecah umur 30 tahun, dan kita masih belum ada rancangan persaraan, jangan risau. Masih belum terlambat lagi. Pertamanya, tentukan berapa yang kita perlukan untuk bersara nanti. Jangan lupa tentang inflasi jugak!

Kita sepatutnya ada sekurang-kurangnya 2/3 dari pendapatan kita setiap bulan selepas bersara kalau kita tak nak terpaksa sekat gaya hidup kita sekarang selepas bersara nanti. Mulakan menyimpan & tingkatkan simpanan bila gaji kita meningkat atau 'reward' diri kita dengan menyimpan lebih bila kita dapat capai 'target' jangka pendek kita.

# Jadi pelabur!

Idea kita untuk menyimpan & melabur hanyalah asas dalam menyimpan. Walaupun kita kurang mampu untuk menyimpan banyak tapi kita tetap boleh menyimpan dalam 'unit trust' dengan hanya RM1,000. 

Adakalanya bila masa atau keadaan berubah, kewangan kita akan turut terjejas. So, tu sebab pentingnya kita untuk seimbangkan dan selaraskan kedudukan pelaburan kita sesuai dengan kehendak kewangan & risiko pelaburan.

# Rancang tabungan kecemasan

Peraturan asas adalah untuk kita ada tabungan kecemasan bagi tempoh enam ke 12 bulan untuk perbelanjaan bulanan kita. Tabungan ini berguna untuk cover perbelanjaan & hutang kita sekiranya ada kecemasan seperti kehilangan pekerjaan.

Contohnya kita dapat RM4,000 setiap bulan, jadi kita perlu ada target untuk ada minimum RM24,000 dalam tabung kecemasan kita.


Apa lagi yang kita perlu capai bila dah berusia 30 tahun? nantikan bahagian 2.

Untuk sesiapa yang perlukan khidmat rundingan secara percuma tentang pelaburan yang selamat & kurang risiko, boleh hubungi En. Asmaan di talian 017-6310730.


Sumber: http://www.imoney.my/articles/10-financial-milestones-you-should-achieve-by-30

Friday, October 10, 2014

Rancang persaraan

Bismillah.

Assalamulaikum.

Rasanya ramai antara kita yang belum rancang persaraan kita dengan baik kan? mungkin ada sesetengah yang rancang dalam otak sahaja tapi tak ada tindakan lagi. Jadi apa kata, bila kita diberi peluang ni, kita ambil tindakan.



Selalunya ada banyak alasan yang orang kita berikan bila kita tanya tentang persaraan, atau pelaburan. Kebanyakannya dah lapuk pun. Asyik diulang benda yang sama. Jadi mari kita tengok apa antara alasan yang popular bila kita ditanya tentang persaraan kita.

ALASAN #1: "Saya dah melabur dalam KWSP".

Rakyat Malaysia ada 'mindset' yang tersendiri bila melibatkan KWSP. Banyak antara kita yang anggap simpanan dalam KWSP kita cukup untuk tampung kos hidup kita bila kita bersara nanti. Tapi tahukah kita, yang bila mana sekarang ni pun kita masih lagi berjimat2 dalam perbelanjaan harian, akan datang nanti kita juga kena berjimat cermat? Sebenarnya KWSP kita TAK MAMPU nak tanggung perbelanjaan kita di usia tua kita nanti.

Mengikut statistik KWSP, hanya 72% dari penyimpan KWSP yang berumur lebih kurang 54 tahun mempunyai simpanan sekitar RM50,000 dan ke bawah. Dari peratus tu, 50% dari pesara akan menggunakan KESELURUHAN simpanan KWSP dalam masa 5 tahun SAHAJA.

Persoalannya, kita termasuk dalam golongan yang mana?

ALASAN #2: "Anak2 akan tanggung saya selepas saya bersara."

Rasanya dengan kos hidup yang tinggi ni, agaknya, mampukah anak2 kita untuk tanggung kita selepas kita bersara nanti? Sedangkan anak2 kita sendiri perlu untuk menyara keluarga mereka sendiri dengan susah. Apa pula dengan tanggung kita?

Kenapa perlu kita bebankan masa depan anak kita nanti, kalau kita sendiri boleh bersedia merancang persaraan kita sekarang?


ALASAN #3: "Bukan sekarang. Saya masih ada masa untuk rancang persaraan saya."

Alasan ni adalah yang paling popular sekali. Ada sesetengah orang yang rasakan yang sekarang masih awal lagi untuk merancang persaraan mereka. Ada juga yang rasakan sudah terlalu lewat untuk rancang.

Tak kisah pun bila sebenarnya kita mula menyimpan, lambat laun pelaburan ni akan membantu kita jugak. Umur kita 25 tahun ke, 48 tahun ke, bila cerita pasal rancangan persaraan, lebih baik terlambat dari tak buat langsung. Lagi awal merancang, lagi bagus!

ALASAN #4: "Saya tak akan bersara sepenuhnya"

Hidup ini semuanya tentang pilihan. Kalau kita tak ada pilihan dan terpaksa berkerja sampai umur 70 tahun, rasanya bukan itu pilihan hidup yang kita nak kan? Lainlah kalau kita jenis tak duduk diam & nak berkerja je.

Berkerja sebab kita nak dengan berkerja sebab terpaksa tu, jauh bezanya.


ALASAN #5: "Saya tak akan berbelanja lebih bila saya dah bersara".

Semua orang ada anggapan yang mereka mampu untuk menyekat perbelanjaan mereka bila mereka bersara. Tapi hakikatnya bila kita dah terbiasa dengan gaya hidup yang begitu, benda tu bukannya mudah.

Tambahan lagi kita sekarang berada dalam persekitaran inflasi yang meningkat ditambah lagi dengan kos perubatan, jadi perlu untuk kita rancang sebaiknya persaraan kita. Realitinya, walaupun kita menyekat perbelanjaan kita, jumlahnya masih sama kerana kadar inflasi dan gaya hidup yang tinggi.

Sebenarnya, untuk betul2 ada rancangan persaraan yang selamat, mindset kita perlu diubah. Hasil selidik dah menunjukkan begitu ramai orang yang tidak merancang persaraan kita dengan betul. Dan hasilnya bila tiba masa bersara, hanya sedikit ataupun tiada kewangan yang kukuh disebabkan kurangnya asas dalam kewangan.

Jadi, kita perlu berubah dari sekarang. Buat pelaburan. Minimum pelaburan hanya sedikit sahaja. Tak perlu sampai berpuluh atau beratus ribu. Dapatkan khidmat runding dari agen yang sah. Hubungi 017-6310730 (Asmaan) untuk dapatkan khidmat rundingan dan buat pelaburan segera.


Sumber dari imoney.

Wednesday, October 8, 2014

Kek Coklat Moist

Bismillah.

Assalamualaikum!

Hari raya haji hari tu, sehari suntuk asyik mem-baking. Macam-macam kek yang aku buat hari tu. Mula-mula tu buat marble cake. Ada la dalam 2 ketul. Umi la yang rajin sangat nak buat, dia kata "kita tak ada kuih, so kita buat kek la" T_T

So, mula dari pagi raya tu, kami pun buatlah kek. Kek marble tu buat 2 biji. Satu tu nak bagi ke besan umi (mak mentua aku la, hihi). Lepas tu kami buat kek coklat moist. Nanti aku share resepi. Tak bagus kedekut ilmu ni. Hahaha. So, sebabkan oven tu boleh muat sebijik kek je dalam satu masa, bayangkan berapa lama pulak nak tunggu satu kek siap.

Kerja baking mem-baking ni berlarutan sampailah malam. Sebab malam tu aku dengan hubby buat red velvet pulak. Yang ni buat sebab dah ada cake mix dah. Beli kat BAGUS bakeri lama dah. Nak dekat tarikh luput dah (rasanya dah lepas tarikh luput), tu yang buat jugak tu. Bukan susah pun, tambah telur, air dan minyak. Kacau sebati, bakar dan settle. Cuma kami buat cream cheese frosting je.

Rasanya tadi aku macam nak share resepi Kek Coklat Moist kan? Mesti korang tension baca aku mengarut panjang-panjang. Hihi. Ok, resepi seperti di bawah ye. Sorry, gambar tak ada. Malas. Lagipun sama je rupanya. Kek warna coklat. :p

Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu pekat (believe me, tak manis pun, sedang elok je)
1 cawan minyak jagung (aku pakai minyak biasa je)

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C:
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas
*larutkan

Cara: 
Pukul bahan A, agak-agak dah sebati tu, masukkan bahan B & bahan C secara selang seli.
Pukul lagi sampai sebati. Settle. Tuang dalam loyang yang dah di-gris dengan butter & tepung.

Ada 2 cara nak masak kek ni. Satu boleh bakar. Satu lagi boleh kukus. Terpulang kat korang la nak buat yang mana.

Cara bakar:
Suhu 170-180C. Bakar lebih kurang dalam 50 minit. Bergantung pada oven korang jugak ye. Nak tahu dah masak ke belum, bila korang cucuk lidi, dah tak ada batter melekat kat lidi korang.

Cara kukus:
Guna api sederhana je. Kukus dalam masa 1 1/2 jam. Nak tahu dah masak ke belum, sama jugak macam tadi. Lidi korang mesti licin tak ada kesan bila korang cucuk.

Oh ye. Aku buat jugak topping untuk kek coklat ni. Senang je. Korang double boil coklat masakan + butter. Kalau nak pekat, lebihkan coklat. Butter tak payah banyak sangat, sebab nak bagi nampak kilat je. Tapi jangan la sikit sangat pulak. Pandai-pandai korang agak la ye.


Selamat mencuba!

Tuesday, October 7, 2014

Zon bebas kewangan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Nampak tajuk di atas? Siapa yang tak nak bebas dari segala hutang dan ada duit untuk terus hidup kan? Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, tak mustahil kita akan tanggung hutang seumur hidup kita. Entah2 sampai kita dalam kubur pun, anak2 yang perlu sambung hutang kita.

Jadi sekarang ni, aku nak kongsi satu bentuk keadaan yang membolehkan korang semua hidup senang (mungkin bukan kaya, tapi bebas hutang). Tak. Ini bukan MLM. Jauh panggang dari api. Ini aku nak cerita pasal PELABURAN. Satu platform yang mana dalam masa beberapa tahun minimum, korang boleh dapat pulangan dividen yang tinggi dari ASB.

Ringkasnya, pulangan dividen ASB hanyalah paling tinggi pun dalam 6%-8% (bergantung pada terma & syarat), tapi pelaburan yang ni akan bagi korang dividen dalam 10%-15%. Kan jauh bezanya tu?

Percaya atau tak, korang sebenarnya boleh buat pelaburan dengan hanya minimum RM1,000 sahaja. Yup! RM1,000. Rasa macam tak ada pelaburan mana2 yang boleh terima kan? Dari RM1,000 tu sebenarnya banyak yang korang boleh dapat dalam masa beberapa tahun! Dan korang mesti tak sangka yang korang akan dapat pulangan yang sebanyak tu!

Kalau ikutkan sebenarnya korang tak perlu nak labur beratus atau berpuluh ribu untuk dapatkan pulangan yang besar. Mulakan sahaja dengan RM1,000 pelaburan tu, dan korang akan nampak duit masuk mencurah2 dalam akaun!

Nak tahu macam mana caranya? Senang je. Hubungi no ni 017-6310730 (Asmaan), dan dia akan terangkan macam mana nak melabur. By the way, ni no hubby aku. Bukan orang asing pun. Hihi.

Korang pun boleh nampak macam mana kita digalakkan untuk melabur terutamanya dalam Unit Trust Fund. Buktinya ada disini: Where to invest?


Selamat melabur!

Monday, October 6, 2014

Al kisah kemalangan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. Macam mana raya? puas makan segala lemang, ketupat, kuih, nasi minyak, nasi tomato, sup tulang, daging kicap bagai? Makan tu, makan jugak. Jangan ter-over makan sudah.

Jadi hari ni alkisahnya nak cerita pasal kemalangan yang menimpa hubby 2 minggu lepas. Sebelum tu, takziah buat keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Menora, Kuala Kangsar & Pahang. Moga mereka semua tabah & sabar dalam menghadapi ujian ini.

25 haribulan September lepas, hubby accident. Pagi tu, lepas hantar hubby pergi kerja, aku duduk lepak kat ruang tamu bawah (layan korea) sebab aku masuk kerja lambat. So, handphone semua memang ada kat bilik atas la. Tak dengar dia telefon pun. Lepas tu, dia telefon rumah & telefon umi aku. Umi pelik sebab dia ada misscall dari hubby aku.

So, aku pun telefon dia balik, tanya kenapa, dia cakap dia accident and suruh aku datang bawak storm. Sebab senang nanti nak angkat motor bawak naik storm. Sebab motor memang tak boleh jalan langsung. Nasib baik masa tu abang aku ada kat umah. Mintak tolong dia, bawak storm & boleh angkat motor naik storm sekali. Bayangkan kalau aku sorang2 je pergi kat sana, siapa nak angkat motor? takkanlah aku dengan perut boyot ni nak angkat motor sekali?

Sampai sana je, aku tengok hubby luka teruk. Baju bahu belah kanan dah terkoyak, nampak luka tu ada bahagian putih. Dalam tu lukanya. Kat dagu pun ada sikit. Lutut seluar dua2 bahagian dah terkoyak jugak. Tangan jangan cakap lah. Penuh luka sana sini.

Sambil diorang berdua angkat motor naik storm, aku kena jadi jaga belakang kereta. Takut orang bawak laju & langgar kami. Aduhai, dengan perut bulat ni aku dok lambai2 orang suruh perlahankan kereta. Malu pun ada. hihi.

Dah sudah angkat motor, kami balik. Hubby sempat lagi tukar baju & seluar sebelum aku bawak pergi hospital sg.buloh. Terus pergi emergency je. Senang. Bagi IC, cakap hubby accident. Dapat la hubby sedas injection. Kancing gigi. Takut ada infection luka tu. 

Dah selesai Xray semua, dapatlah 3 hari MC. Sepanjang 3 hari tu la, aku mandikan, suapkan makan (isteri mithali youu~) hubby. Kesian dia. Nak baring sakit, duduk sakit, berdiri pun sakit. Tapi Alhamdulillah. Sekarang dah makin sembuh. Boleh bawak motor walaupun ada sakit2 lagi. Hubby pun still trauma lagi nak bawak motor. 

Ini kiranya dugaan aku lah sebagai isteri & bakal ibu. Allah tu nak kurangkan dosa aku. Adalah bendanya yang aku tak jaga atau terlepas pandang sepanjang aku jadi isteri ni. Nasib baik Dia bagi dugaan kecil je. Alhamdulillah. 

Monday, September 29, 2014

Permulaan baru

Bismillah.

Assalamualaikum.

Salam perkenalan semua. Bulan depan, hampir setahun usia perkahwinan aku. Alhamdulillah. Lagi seratus hari (atau kurang!), anakanda aku akan melihat dunia. InsyaAllah. Tak sabar rasanya nak jadi mak! 

Sebabkan tak sabar tu, masa lima bulan hari tu, ajak hubby pergi Ikea lepas 2 3 kali survey katil baby kat website Ikea. Konon-konon masa tu nak survey jelah. Tengok kualiti, tengok design, & tengok semuanya lah. Tapi agaknya, memang rezeki si kecik dalam perut ni, sampai sana je tengok katil yang berkenan tu ada cut price! Dari harga RM369 dapat harga RM299 (rasanya, tak ingat). Apa lagi, bincang-bincang dengan hubby, terus je sambar katil tu.

Mana tau nanti bila datang balik, jadi harga asal kan? Tak ke rugi~ Kebetulan pulak masa tu memang bawak duit siap2, memang tak tunggu lama la. Jadi rumusannya, dapatlah beli katil baby. Alhamdulillah. Selesai satu benda. Lagipun sebelum tu, memang dah sepakat dengan hubby, nak beli satu benda setiap bulan. Kalau beli sekaligus, nanti terasa sangat pulak mengalir duitnya. Hihi.




Ramai jugak yang cakap buat apa beli katil baby. Beli je tilam bentang kat bawah senang. Lagipun senang nanti nak menyusukan dia ke apa. Tapi untuk aku, tak nak lah letak baby kat bawah. Mungkin sekali sekala boleh la, tapi mostly akan diusahakan jugak untuk letak kat dalam baby cot.

Satu dari sebabnya, kami kat rumah ada bela kucing, jadi tak nak nanti kucing dok berlari-lari, main-main & cium-cium baby. Bahaya jugak. Mungkin bagi kita tak ada apa, tapi nama pun baby, antibodi pun tak kuat lagi. A part dari tu, satu lagi sebab, tilam kami tak muat nak letak baby antara aku dengan hubby. Sebab hubby badan besar and tidur lasak. Buatnya dia tak sedar, mahu lenyek anak kami. Hahaha. 

Tapi tu cerita masa aku lima bulan. Sekarang aku dah enam bulan, jadi bulan ni aku beli set tilam pulak. Set tilam tu aku beli dari kekabuonlinedotcom (instagram), memang dah lama survey tilam ni dari dia. Berkenan sangat2. Tengok pulak dia memang pakai 100% kekabu, so mesti nanti sejuk je tilam dia. Tambah lagi, hari tu tengok tilam dia memang ada saiz standard untuk baby cot. 



Tebal tilam jangan cakap la, 6 inci! Survey punya survey, sekali tengok dia ada bagi free gift sempena anniversary dia. Dapat free gift bantal karipap! yahuuu~~ tak tunggu lama, terus aku order set tilam saiz L (untuk baby cot) + nursing pillow (memang besar bagak nursing pillow dia! = puas hati!) & dapat bantal karipap!



So, tunggu apa lagi! Cepat follow instagram kekabuonlinedotcom ok!!

p/s: Hari khamis lepas, hubby accident motor. Agak teruk. Nanti insyaAllah akan dikongsikan di lain entry. 

:)