Thursday, October 16, 2014

Emosi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang kandungan dah masuk 27 minggu. Baby dalam perut pun makin aktif. Seronok rasanya dapat rasa pergerakan baby dalam perut. The best feeling ever! Cuma normal lah rasanya bila rasa sakit pinggang yang amat, kaki kejang bila tidur. Doktor pun cadangkan supaya setiap 2 jam duduk, kena rajin-rajin bangun & jalan-jalan.

Hari selasa yang lepas, pergi checkup  di Putra Medical Center Sg.Buloh. Doktor yang aku pilih, Doktor Zarul. Bila mostly  orang nak doktor perempuan, aku pulak sibuk nak doktor lelaki. Bukan apa, aku suka Doktor Zarul. Firstly sebab dia lembut je orangnya dan sangat professional. Lagipun, masa adik aku yang bongsu tu lahir, dia lah yang tukang sambutnya. Believe it or not.  Sekarang adik aku dah form 3, tapi Doktor Zarul masih lagi gagah dalam menyambut bayi-bayi ke dunia. Hahaha.

Alhamdulillah. Everything is normal. Tekanan darah normal, baby pun ok. Sebelum ni baby songsang. Tapi alhamdulillah, bila checkup, dia dah pusing balik dah. Kerjanya asyik menendang dan menyiku je. Seronok! Last checkup, berat badan aku 67kg. Turun sekilo dari checkup  yang sebelumnya, tapi yang latest checkup  ni, berat naik mendadak jadi 75kg. Tahniah buat diri aku, Padahal baby naik sekilo je. Dari berat dia 500g ++, jadi 1.046kg. Maknanya emak dia yang terlebih gemuk. Hehe.

Masa checkup  tu pun, aku kena second dose injection.  Aku rasa untuk kancing gigi kot. Terlupa nak tanya doktor. Dia cakap nak inject, aku okey je. Doktor cucuk kat bahagian peha dekat-dekat punggung. Masa mula-mula nak kena  inject tu, aku jenuh menahan. Sampai doktor cakap "kenapa? sakit ke?" Hubby cakap "taklah doktor. dia tengah tahan geli". Doktor tu sampai tak percaya, aku tengah tahan geli. Sampai aku tutup mulut, sebab takut ketawa kuat sangat. Sebab pernah kena inject  jugak dulu kat tempat yang sama, doktor tu sampai marah cakap, "jangan gerak kuat sangat, takut jarum patah". Masa tu badan aku dah bergegar dah tahan gelak. Hihi.

InsyaAllah, next checkup  bulan November nanti. Doktor cakap nak check keputihan. Ngeri pulak dengar walaupun tak tahu lagi check jenis yang macam mana. Ada ke mommy to be yang pernah merasa? boleh share sikit?

Sepanjang pregnancy  ni, boleh katakan aku jadi cepat emosi. Sebelum ni hati kental. Susah nak menangis bila jadi hal-hal kecik ni. Tapi sekarang. Don't mess with me.  Aku bukan jadi pemarah. Cuma aku jadi cepat touching. Seingat aku la, sepanjang mengandung ni, 3 kali aku menangis pasal hal-hal remeh.

Firstly,  aku menangis pasal hubby aku tak nak baca doa lepas solat jemaah. Dia suruh aku baca. Punyalah aku tak nak baca, siap merengek-rengek lagi. Lastly, aku menangis, barulah hubby baca doa. Mengada betul.

Lepas tu pulak, masa tengah baring-baring. Tiba-tiba aku rasa.., entahlah. Aku pun tak tahu aku rasa apa, masa tu hubby tengah sibuk main game bola dekat handphone. Aku dok merengek-rengek lagi. Mintak hubby peluk, cucuk-cucuk muka dia dengan bantal, pastu tiba-tiba aku menangis! Apa punya perangai daa~

Lastly  semalam. Aku sakit kepala. Rasa macam nak roboh sebelah otak aku ni. Tak boleh tunduk langsung. Balik kerja semalam aku terus baring. Tunggu hubby balik. Selalu dia sampai lagi 5 minit pukul 7. Sampai je hubby kat rumah, aku nampak dia, terus meleleh-leleh air mata aku. Sedih sangat sebab sakit kepala. Nasib baik hubby jenis faham sangat dah perangai menangis aku ni. Rileks je dia. Syukur dapat hubby memahami. Terus dia peluk aku. Aku menangis teruk sangat sampai tersedu-sedu. -_-'

Setakat ni, itulah tahap emosi aku yang aku tak boleh nak kawal langsung time pregnant  ni. Yang lain rasanya aku ok lagi. Hubby je cakap aku sekarang cepat cengeng (menangis) dan kuat makan!  

:)

No comments :

Post a Comment