Saturday, October 11, 2014

# Part 1: Apa ada dengan usia 30?

Bismillah

Assalamualaikum.

Selalunya orang akan cakap "life begins at 30/40". Sebab masa ini lah kemuncak umur kita. Masa tu, kita dah kahwin atau bakal berkahwin, ada anak dan nak beli rumah. Seharusnya bila kita dah cecah umur 30 tahun, masa ni sikap kita terhadap kewangan dah mula matang, kita dah mula sedar dari kesilapan kita dan kita terdedah dengan tanggungjawab yang baru. Kita dah tak boleh nak hilang arah tuju dalam bab kewangan lagi. Jadi ini adalah sebahagian pencapaian yang harus kita dapat bila kita dah berusia 30-an ni.

# Kewangan yang stabil

Bila kita dah berumur 30-an, kita seharusnya dah boleh berdikari dari sudut kewangan, Tak perlu nak harapkan parents kita, dah ada kerjaya impian dan dah boleh tanggung diri sendiri dengan baik. Yang paling penting, masa umur ini kita dah kukuh dari segala segi.

# Sejarah hutang yang baik

Semua orang ada hutang. Macam2 jenis hutang; hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran dan macam2 lagi. Berhutang memang mudah dan mudah juga untuk disalahgunakan. Tapi ini boleh dikawal dengan hidup dalam ruang lingkup yang kita mampu.

# Mulakan rancangan persaraan

Seharusnya, setiap orang yang berusia 25 tahun sepatutnya menyimpan 3/4 dari gaji mereka setiap bulan untuk dapat simpanan yang cukup bila bersara nanti. Tapi bila kita dah cecah umur 30 tahun, dan kita masih belum ada rancangan persaraan, jangan risau. Masih belum terlambat lagi. Pertamanya, tentukan berapa yang kita perlukan untuk bersara nanti. Jangan lupa tentang inflasi jugak!

Kita sepatutnya ada sekurang-kurangnya 2/3 dari pendapatan kita setiap bulan selepas bersara kalau kita tak nak terpaksa sekat gaya hidup kita sekarang selepas bersara nanti. Mulakan menyimpan & tingkatkan simpanan bila gaji kita meningkat atau 'reward' diri kita dengan menyimpan lebih bila kita dapat capai 'target' jangka pendek kita.

# Jadi pelabur!

Idea kita untuk menyimpan & melabur hanyalah asas dalam menyimpan. Walaupun kita kurang mampu untuk menyimpan banyak tapi kita tetap boleh menyimpan dalam 'unit trust' dengan hanya RM1,000. 

Adakalanya bila masa atau keadaan berubah, kewangan kita akan turut terjejas. So, tu sebab pentingnya kita untuk seimbangkan dan selaraskan kedudukan pelaburan kita sesuai dengan kehendak kewangan & risiko pelaburan.

# Rancang tabungan kecemasan

Peraturan asas adalah untuk kita ada tabungan kecemasan bagi tempoh enam ke 12 bulan untuk perbelanjaan bulanan kita. Tabungan ini berguna untuk cover perbelanjaan & hutang kita sekiranya ada kecemasan seperti kehilangan pekerjaan.

Contohnya kita dapat RM4,000 setiap bulan, jadi kita perlu ada target untuk ada minimum RM24,000 dalam tabung kecemasan kita.


Apa lagi yang kita perlu capai bila dah berusia 30 tahun? nantikan bahagian 2.

Untuk sesiapa yang perlukan khidmat rundingan secara percuma tentang pelaburan yang selamat & kurang risiko, boleh hubungi En. Asmaan di talian 017-6310730.


Sumber: http://www.imoney.my/articles/10-financial-milestones-you-should-achieve-by-30

No comments :

Post a Comment